7 Cara Mudah Memulakan Perniagaan Online 2018

Perniagaan online atau perniagaan dalam talian merupakan satu model bisnes yang semakin popular di Malaysia. Rakyat Malaysia juga sudah semakin terbuka untuk membuat pembelian secara online kerana ianya lebih menjimatkan masa, tenaga dan juga wang ringgit!

Oleh sebab itu ramai usahawan dan syarikat besar sudah mula menukar strategi pemasaran mereka kepada dalam talian. Adalah menjadi satu kerugian kepada anda jika anda masih belum mahu menceburkan diri dalam perniagaan online.

Persoalannya bagaimana ingin memulakan perniagaan online?

Post ini khas ditulis untuk anda yang berminat memulakan perniagaan online tapi tak tahu nak mula dari mana. Sebenarnya terdapat pelbagai jenis perniagaan online yang anda boleh terus mulakan selepas selesai membaca post ini.

Tetapi ianya haruslah dimulakan dengan satu pelan tindakan yang baik. Ini penting supaya anda tidak sesat di tengah jalan. Saya sendiri telah mula menceburkan diri dalam perniagaan online semenjak tahun 2009 lagi.

Jadi saya akan kongsikan serba sedikit pengalaman saya untuk membantu anda memulakan perniagaan anda sendiri. Yang penting adalah tindakan daripada pihak anda. Saya akan mulakan dari tahap yang senang kepada tahap yang sedikit sukar.

Ini adalah satu post yang panjang, jadi saya mencadangkan anda bookmark page ini untuk rujukan masa akan datang.

1- Paid Survey / Web testing

Mungkin ini tidak termasuk dalam satu jenis ‘perniagaan’, tetapi ini adalah cara paling mudah untuk anda dapatkan RM10 pertama daripada online. Banyak syarikat di luar sana yang menawarkan reward untuk setiap survey yang anda siapkan.

Pembayaran bagi setiap survey pula mungkin $1-$2 bergantung kepada syarikat tersebut. Apa yang perlu anda lakukan ialah google sahaja “top 10 paid survey website” sebagai contoh. Anda boleh melakukan research yang lebih mendalam mengenai topik ini.

AMARAN: Walaupun cara ini mudah tetapi anda perlu berhati-hati kerana banyak penipuan dalam kes ini. Untuk lebih selamat anda boleh visit forum-forum mat saleh dan dapatkan kepastian daripada mereka.

Salah satu kelemahan utama paid survey online adalah warganegara. Kebanyakkan survey yang berbayar tertakluk kepada rakyat negara tertentu sahaja seperti US, UK dan Canada. Tetapi jika anda kreatif mungkin anda boleh atasi masalah ini (jika anda faham maksud saya).

 

2- Freelance

Bermula sebagai freelance juga merupakan satu permulaan yang baik untuk perniagaan online anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah, senaraikan kemahiran anda yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain. Sebagai contoh:

  • Kemahiran membina website
  • Kemahiran menulis artikel
  • Kemahiran menulis sales letter
  • Kemahiran membuat video jualan
  • Kemahiran membuat logo
  • Dan pelbagai lagi

Langkah seterusnya adalah cari website yang anda boleh ‘jual’ servis anda tersebut. Contoh yang paling mudah ialah Fiverr.com. Anda boleh lihat pelbagai jenis servis yang ditawarkan disitu. Dan semuanya bermula dengan $5 kecuali untuk servis professional.

Anda juga boleh mendapatkan idea mengenai servis yang bakal anda tawarkan dari website tersebut. Jika anda seorang usahawan online pula, pelbagai jenis servis yang anda boleh beli dari situ. Contohnya design logo, video sales letter dan pelbagai lagi. Anda boleh terus ke website Fiverr untuk maklumat lanjut.

Banyak lagi website freelance lain yang boleh anda cuba seperti upwork, peopleperhour, freelancer.com dan pelbagai lagi. Anda juga boleh memasarkan servis anda ke pasaran malaysia sahaja, anda hanya perlu cari di google ‘malaysia freelancer website’.

3- Online Marketplace

Ini adalah pilihan yang paling popular di Malaysia. Semua orang berebut-rebut ingin memasuki bidang perniagaan ini. Online marketplace atau laman e-dagang menyediakan platform kepada orang ramai untuk memasarkan produk mereka sendiri.

Antara platform marketplace yang popular ialah:

Ebay dan Amazon merupakan platform luar negara. Manakala Lazada dan Shopee lebih kepada platform negara Malaysia. Jika anda mempunyai produk untuk dipasarkan anda boleh terus register di platform berikut.

Untuk platform luar negara saya cadangkan anda bermula dengan ebay. Sebenarnya ramai orang Malaysia yang da lama menjual di ebay. Jadi banyak panduan dan kelas yang boleh anda sertai jika anda berminat.

Saya juga ada menyediakan panduan bagaimana ingin memulakan bisnes Print On Demand (POD) di ebay. Apa yang menariknya anda tidak perlu memegang stok dan mengeluarkan modal yang tinggi. Anda boleh baca panduan tersebut secara percuma disini.

Untuk market Malaysia pula saya lebih suka menggunakan Shopee. Kerana Shopee lebih mudah untuk mula menjual. Tetapi persaingan di shopee adalah sedikit sengit berbanding lazada (banyak barang murah). Kalau nak dibandingkan jumlah traffic, Lazada lebih tinggi.

4- Blogging

Jika anda suka menulis, anda boleh memilih untuk menjadi blogger atau bina website anda sendiri. Dari segi pemerhatian saya ramai rakyat Malaysia yang mempunyai blog tetapi tidak tahu bagaimana mana ingin menghasilkan duit dari blog tersebut.

Antara perkara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan keuntungan dari blog anda ialah:

  • Menjual ruangan iklan
  • Google adsense
  • Promosi produk
  • Promosi perkhidmatan / servis / consultation

Tetapi hasil keuntungan daripada blog tidak akan dapat dengan pantas. Model perniagaan ini memerlukan sedikit masa dan komitmen yang tinggi. Perancangan yang rapi diperlukan untuk membina satu website yang boleh menghasilkan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Saya akan mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini di post berikutnya: – Bagaimana sesuatu website / blog boleh menjana keuntungan yang tinggi.

5- Affiliate Marketing

Apakah yang dimaksudkan dengan affiliate marketing? Secara asasnya affiliate marketing ialah mempromosikan produk orang lain dan menerima komisyen daripada jualan tersebut. Konsep yang lebih kurang sama dengan dropship, cuma affiliate lebih banyak digunakan untuk produk digital. Antara website yang menyediakan servis affiliate ialah:

  • Clickbank
  • Amazon
  • Jvzoo
  • etc

Clickbank adalah antara syarikat terbesar di dunia untuk affiliate marketing. Dan setiap komisyen akan dibayar dalam bentuk USD. Bisnes affiliate tidak memerlukan modal yang tinggi. Tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang baik sepanjang mempromosikan produk tersebut.

Margin keuntungan yang anda perolehi juga tinggi selalunya 50% – 75%. Apa yang menarik mengenai bisnes affiliate ialah anda boleh menjana keuntungan biarpun anda sedang tidur!

6- Email Marketing

Email marketing atau nama lainnya pemasaran melalui email. Pernahkah anda memasukkan email anda atau memberi email anda kepada mana-mana website jualan untuk dapatkan diskaun potongan? Atau kupon diskaun?

Jika YA tahniah! Itu adalah salah satu contoh pemasaran melalui e-mail. Apa yang mereka lakukan adalah kumpul database customer mereka. Ini adalah teknik mengiklanan dengan kos paling rendah. Kerana anda boleh mempromosikan produk anda berkali-kali pada pelanggan yang sama.

Cuba anda bayangkan anda mempunyai 100 000 mailing list (alamat email pelanggan anda). Anda pula melakukan promosi produk kepada mereka, dan 10% daripada mereka berminat dengan produk anda. Jika produk anda berharga RM20, anda boleh memperolehi jualan sebanyak RM 200,000! Hanya dengan satu email sahaja!

Ini menunjukkan betapa pentingnya anda membina database email anda sendiri. Membina database pelanggan bukanlah kerja satu malam. Ia harus disertai dengan usaha yang gigih dan komitmen yang berpanjangan. Apa yang penting, anda perlu bagi value kepada database anda.

7- Produk Digital

Produk digital adalah target yang anda wajib ada jika anda ingin mempunyai perniagaan online untuk jangka masa panjang. Kerana produk digital:

  • Tidak memerlukan modal yang besar
  • Margin keuntungan yang tinggi
  • Tiada had sempadan
  • Tidak memerlukan kedai atau kilang

Antara jenis-jenis produk digital yang boleh anda lakukan ialah:

  • E-book
  • Software
  • Video coaching
  • Live training
  • Apps
  • Dan pelbagai lagi

Tetapi anda harus ingat. Produk digital bukanlah mengenai keuntungan semata-mata. Ianya haruslah sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain (pembeli). Tolong jangan buat produk digital daripada sesuatu info percuma yang telah dikongsikan oleh orang lain. Ini adalah satu tindakan yang kurang bijak. Produk digital anda seharusnya:

  • Menyelesaikan masalah orang lain
  • Menjimatkan masa orang lain
  • Menambah baik produk yang sedia ada
  • Memberi ‘value’ yang tinggi kepada pelanggan anda

Sebenarnya jika anda menggabungkan tiga teknik terakhir yang saya tuliskan iaitu affiliate marketing > E-mail marketing > Produk digital, anda boleh membina empayar perniagaan internet anda sendiri.

Membina perniagaan internet juga sama seperti perniagaan lain. Anda perlukan kesabaran dan usaha untuk berjaya. Jika anda mempunyai persoalan atau pendapat lain sila nyatakan di ruangan komen di bawah.

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply